Assalammualaikum...
Di blog saya kali ini, lebih berkisarkan product Homemade Cake/ Pastry....Minat dah lama dalam mem'baking' tapi sejak akhir2 ni saya mempunyai masa yang terluang untuk mengasah seni mem'baking' di rumah sendiri. Alhamdulillah...
Kali pertama percubaan adalah RVC >> Red Velvet Cake yang saya rasa mempunyai keunikan sendiri. Bermula dengan makcik saudara saya membeli RVC untuk di jamu keluarga sebelah suami...Saya terus terpikat dengan rasanya dan berusaha mencari resepi di internet.. Sehinggalah mendapat resepi yang saya kira, semua orang tahu iaitu di Joy of Baking... Yummy!!! Memang terangkat sebab rata2 saudara dan sahabat handai mencuba kek buatan tangan saya..memang memberi kata2 yang POSITIF... Alhamdulillah...
Bertambah lagi la minat saya untuk mencuba pelbagai bentuk dan akhirnya saya lebih selesa dengan design ROSE sahaja..ahhahha...maklumlah, di laman sendiri pun menanam pokok2 rose dari pelbagai warna....Jom kita jamu mata dengan kek yang telah saya hasilkan di bawah...
RVC semasa Hari Raya Haji 2012
Ekoran daripada hari itu, saya pun mula penuhi permintaan member yang inginkan 'sentuhan tangan' saya..hehhehhe....Jom lihat kek-kek di bawah...
Tempahan dari kenalan di pejabat
Hantaran Kakak kepada adik ipar (Tampin)
Ni cupcake untuk officemate..
Ni pula untuk pakcik sebelah suami tempah untuk makan saja2 di rumah...