Alhamdulillah, selesai sesi mengajar kawan yang mana tak dapat nak turut serta di kelas Kak Ina tempohari. Ni kek continental choc mousse. saya sempat ajar dia 2 jenis kek iaitu yang satu lagi adalah kek orange tropicana. Maklum la, sekarang kan musim perayaan Tahun Baru Cina, jadi banyak la orange di rumah..
hehehe...Memula saya gunakan apa yang ade di rumah untuk deco atas kek tu. Nasib baik lebihan strawberry masih lagi elok. Simpan dalam fridge dan sentiasa bertutup, buah pun masih segar dan tidak lembik..
Jom la kita tengok lain2 gambar ye. Malas pula rasanya nak menaip panjang lebar. Penat pun ye juga saya ni..
Oh ya, minggu ni adalah minggu sibuk saya sebab hujung minggu ni ade yang menempah kek dari saya. Alhamdulillah. In Shaa Allah, lepas je saya selesai buat kek2 tersebut, saya akan upload di blog saya ni. Tunnngggguuuuuu!!!
No comments:
Post a Comment